snow

Sabtu, 28 Februari 2015

Rabu, 12 Disember 2012

HAJI 1433



BAS JEMAAH HAJI KE KLIA (PENERBANGAN PERTAMA)
17.9.12


KELANA JAYA
17.9.12


FLIGHT YANG KAMI NAIKI TERUS KE MADINAH
17.9.12


TEMPAT DUDUK KAMI DALAM FLIGHT


DALAM BAS UTK KE AIRPORT MADINAH SETELAH TURUN DARI FLIGHT
17.9.12


MASJID NABAWI WAKTU MALAM


DATARAN KAABAH YANG LENGANG SETIBANYA KAMI PADA
26.9.12
SEMPENA TARIKH ULANG TAHUN KELAHIRAN SAYA 



DAPAT LIHAT MENARA JAM DARI BILIK KAMI



TEMPAT SAEI


Khamis, 19 Julai 2012

RAMADHAN




SELAMAT BERPUASA DAN MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA
SEMUGA AMALAN KITA DI TERIMA ALLAH
AMIN........

Khamis, 9 Februari 2012

INGATKAN DIRI TENTANG MATI


Diwaktu malam yang hening, diwaktu alam juga seperti sudah lelap dibuai mimpi. Sewaktu keseorangan.Fikirkan semua dosa yang kita lakukan.Adakah, jika saat ini malaikat maut hadir, datang menjemput. Kita mampu untuk pergi dengan baik?
                                   
                                 Sunyi dan sendiri
Beginilah waktu kita dalam kubur nanti.Sendirian langsung tanpa teman.Gelap malah,
                               
                                 cuba rasai....
Kerana mati itu kita tak tahu bila. kerana mati itu tiba-tiba. Kerana mati itu sememangnya bukan dalam pengetahuan kita.
                           
                                Cuba jiwai dalam hati....
InsyaAllah, selepas ini kita akan lebih bersedia.Bersedia dengan segala amalan.Membayar segala hutang.Dengan manusia ,Dengan Allah, apatah lagi.

Seandainya kamu diberi masa 3 hari dari saat yang kamu baca ini.Dan kamu akan mati.Adakah kamu sudah bersedia?

senantiasa peringatkan diri kita tentang mati ini.Mati yang memberhentikan segala kenikmatan dunia. penghujung cerita indah kami dan dunia ini.

Ingatkan diri kamu, jangan bertangguh.Sebelum Allah yang ingatkan. Bila pula Allah akan ingatkan? bila Allah memberi tanda-tanda kematian kepada kamu.100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari, dan sehari.Atau peringatan yang seumpama dengan tandanya.

Khamis, 29 Disember 2011

SURAH-SURAH TERINDAH DI SISI RASULULLAH S.A.W

SURAH AL-KAHFI (GUA)

  • Termasuk antara surah-surah Makiyyah (yang diturunkan di Mekah).
  • Mengandungi 110 ayat.
  • Dinamakan "Al- Kahfi" (gua) atau "As-habul-kahfi".(penghuni- penghuni gua).
  • Kedua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga ayat 26.
Keutamaan surah Al-kahfi:

1. Sabda Rasulullah s.a.w:  "Barangsiapa menghafaz sepuluh ayat dari permulaan surah al-kahfi nescaya dilindungi daripada fitnah Dajjal (tipu dayanya)". ( Hadis riwayat: Imam Ahmad,Muslim dan Nasa'ie daripada Abu darda' RA).                                                                                            

2. .Sabda Rasulullah s.a.w:  "Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama masa dua jumaat".   (hadis riwayat : Al-Hakim)

3..Sabda Rasulullah s.a.w:   "Barangsiapa membaca permulaan surah al-kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya daripada hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya, dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi". (hadis riwayat : Imam Ahmad).


CUTI-CUTI MALAYSIA



Balik kampung Parit,Perak
23/12/2011



Di rumah peranginan persekutuan Cameron highlands
27/12/2011


Singgah di ladang teh, cameron Bharat
sebelum balik ke KL



Memetik buah strawberry


Jumaat, 16 Disember 2011

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

     Ketahuilah moga-moga Allah membahagiakan anda, bahwasanya Hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah Ta'ala. Padanyalah Allah telah mencipta Nabi adam a.s. Padanya juga hari kiamat akan jatuh , dan Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para Malaikat menamakan hari jumaat itu sebagai hari Penambahan, disebabkan banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah akan melimpahkan kurnianya dan menabur kebaikanNya.
       Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala pohon dan doa akan dikabulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan, sebagaimana yang dibicarakan oleh Imam Ghazali dan selainnya. Lantaran itu, hendaklah anda melazimkan diri berbuat amalan-amalan yang soleh, dan perbanyakkan kerja-kerja yang berkaitan urusan agama pada hari itu.

Perkara yang sunat dilakukan pada hari jumaat:
  1. Membaca surah Al-Kahfi..
  2. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  3. Menyegerakan ke masjid
  4. Bersedekah dll yang berkaitan dgn kebaikan... 
     
   

  

Sabtu, 10 Disember 2011

SEDIKIT MALAH BESAR PAHALANYA

Ketahuilah, bahwasanya yg sedikit dari kebajikan itu adalah dipandang besar di sisi Allah Ta'ala,dan setiap usaha baik yang anda kerjakan itu adalah sedekah.Lantaran itu jangan sekali-kali anda memperkecil sesuatu yang anda lakukan dari kebajikan, sehingga oleh kerananya anda berhenti dari melakukannya pula.

Nabi s.a.w telah bersabda:
"Jangan sekali-kali anda memandang rendah sesuatu kebajikan yang anda lakukan betapa kecil sekalipun,meskipun bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Dan sedekahkanlah sesuatu pada setiap hari walaupun sedikit saja, dan jadikan sedekah itu pada pagi-pagi hari, kerana sesungguhnya bala' itu tidak akan menyusuli sedekah."

demikianlah bunyi Hadis tersebut, atau maksudnya sebagaimana yg diriwayatkan;
 iaitu sedekah itu akan menjadi dinding antara anda dengan bencana yang datang menuju  kepadamu.

Selasa, 6 Disember 2011

SALAM 10 MUHARRAM

Salam 10 muharram.....

Semuga bertambah amalan
yg dilakukan.......

Sentiasa ingat hari-hari
sejarah islam......

Semuga hidup di berkati ALLAH......

Isnin, 28 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH......

Salam maal hijrah.......semuga kemaskini azam lama......
dari baik kpd yang terbaik........

Jumaat, 18 November 2011

PULAU PANGKOR

Hari raya kedua bawa anak-anak dan anak buah naik feri ke pulau pangkor.Beli ikan bilis untuk mak mertua dan bawa balik kuala lumpur.Orang kata ikan bilis pangkor sedap.....  
1.9.2011 / 3.50 pm

Selasa, 15 November 2011

ANAK-ANAK CERIA



Aku rasa bahagia dapat mengembirakan anak-anak walaupun ianya hanya setahun sekali.

HARI RAYA AIDIL FITRI 2011


Beraya bersama adik-beradik 2011, setelah ibu meninggal dunia pada 5/11/2006. Ayah telah bernikah lain pada.... /10/2008. Pada mulanya kami boleh terima tapi lama kelamaan semuanya berubah. Ayah seakan berat sebelah menyayangi anak tiri lebih dari anak sendiri .Anak-anak semuanya merajuk membawa diri masing -masing.

Isnin, 31 Oktober 2011

PERTANDINGAN BOWLING



Pergi meraikan pertandingan bowling antara maktab-maktab IPG pada 18-10-2011  di Mega Lane, Bukit Jalil.

Sabtu, 29 Oktober 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA


Bercuti bersama keluarga di waterfront kuching sarawak,sempena meraikan  APC  Anugerah Perkhidmatan cemerlang 2009.

WATERFRONT,KUCHING SARAWAK

25-27/6/2011 SEMPENA MERAIKAN  ( APC )