Ketahuilah, bahwasanya yg sedikit dari kebajikan itu adalah dipandang besar di sisi Allah Ta'ala,dan setiap usaha baik yang anda kerjakan itu adalah sedekah.Lantaran itu jangan sekali-kali anda memperkecil sesuatu yang anda lakukan dari kebajikan, sehingga oleh kerananya anda berhenti dari melakukannya pula.
Nabi s.a.w telah bersabda:
"Jangan sekali-kali anda memandang rendah sesuatu kebajikan yang anda lakukan betapa kecil sekalipun,meskipun bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Dan sedekahkanlah sesuatu pada setiap hari walaupun sedikit saja, dan jadikan sedekah itu pada pagi-pagi hari, kerana sesungguhnya bala' itu tidak akan menyusuli sedekah."
demikianlah bunyi Hadis tersebut, atau maksudnya sebagaimana yg diriwayatkan;
iaitu sedekah itu akan menjadi dinding antara anda dengan bencana yang datang menuju kepadamu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan