SURAH AL-KAHFI (GUA)
- Termasuk antara surah-surah Makiyyah (yang diturunkan di Mekah).
- Mengandungi 110 ayat.
- Dinamakan "Al- Kahfi" (gua) atau "As-habul-kahfi".(penghuni- penghuni gua).
- Kedua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga ayat 26.
Keutamaan surah Al-kahfi:
1. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa menghafaz sepuluh ayat dari permulaan surah al-kahfi nescaya dilindungi daripada fitnah Dajjal (tipu dayanya)". ( Hadis riwayat: Imam Ahmad,Muslim dan Nasa'ie daripada Abu darda' RA).
2. .Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama masa dua jumaat". (hadis riwayat : Al-Hakim)
3..Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa membaca permulaan surah al-kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya daripada hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya, dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi". (hadis riwayat : Imam Ahmad).