snow

Khamis, 29 Disember 2011

SURAH-SURAH TERINDAH DI SISI RASULULLAH S.A.W

SURAH AL-KAHFI (GUA)

  • Termasuk antara surah-surah Makiyyah (yang diturunkan di Mekah).
  • Mengandungi 110 ayat.
  • Dinamakan "Al- Kahfi" (gua) atau "As-habul-kahfi".(penghuni- penghuni gua).
  • Kedua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga ayat 26.
Keutamaan surah Al-kahfi:

1. Sabda Rasulullah s.a.w:  "Barangsiapa menghafaz sepuluh ayat dari permulaan surah al-kahfi nescaya dilindungi daripada fitnah Dajjal (tipu dayanya)". ( Hadis riwayat: Imam Ahmad,Muslim dan Nasa'ie daripada Abu darda' RA).                                                                                            

2. .Sabda Rasulullah s.a.w:  "Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama masa dua jumaat".   (hadis riwayat : Al-Hakim)

3..Sabda Rasulullah s.a.w:   "Barangsiapa membaca permulaan surah al-kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya daripada hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya, dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi". (hadis riwayat : Imam Ahmad).


CUTI-CUTI MALAYSIA



Balik kampung Parit,Perak
23/12/2011



Di rumah peranginan persekutuan Cameron highlands
27/12/2011


Singgah di ladang teh, cameron Bharat
sebelum balik ke KL



Memetik buah strawberry


Jumaat, 16 Disember 2011

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

     Ketahuilah moga-moga Allah membahagiakan anda, bahwasanya Hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari. Ia mempunyai keutamaan yang istimewa di sisi Allah Ta'ala. Padanyalah Allah telah mencipta Nabi adam a.s. Padanya juga hari kiamat akan jatuh , dan Allah akan mengizinkan ahli syurga untuk mengunjungi syurga. Para Malaikat menamakan hari jumaat itu sebagai hari Penambahan, disebabkan banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka pada hari itu. Pada hari itu juga Allah akan melimpahkan kurnianya dan menabur kebaikanNya.
       Pada hari itu pula ada sesaat yang mulia, di mana segala pohon dan doa akan dikabulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan, sebagaimana yang dibicarakan oleh Imam Ghazali dan selainnya. Lantaran itu, hendaklah anda melazimkan diri berbuat amalan-amalan yang soleh, dan perbanyakkan kerja-kerja yang berkaitan urusan agama pada hari itu.

Perkara yang sunat dilakukan pada hari jumaat:
  1. Membaca surah Al-Kahfi..
  2. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  3. Menyegerakan ke masjid
  4. Bersedekah dll yang berkaitan dgn kebaikan... 
     
   

  

Sabtu, 10 Disember 2011

SEDIKIT MALAH BESAR PAHALANYA

Ketahuilah, bahwasanya yg sedikit dari kebajikan itu adalah dipandang besar di sisi Allah Ta'ala,dan setiap usaha baik yang anda kerjakan itu adalah sedekah.Lantaran itu jangan sekali-kali anda memperkecil sesuatu yang anda lakukan dari kebajikan, sehingga oleh kerananya anda berhenti dari melakukannya pula.

Nabi s.a.w telah bersabda:
"Jangan sekali-kali anda memandang rendah sesuatu kebajikan yang anda lakukan betapa kecil sekalipun,meskipun bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis. Dan sedekahkanlah sesuatu pada setiap hari walaupun sedikit saja, dan jadikan sedekah itu pada pagi-pagi hari, kerana sesungguhnya bala' itu tidak akan menyusuli sedekah."

demikianlah bunyi Hadis tersebut, atau maksudnya sebagaimana yg diriwayatkan;
 iaitu sedekah itu akan menjadi dinding antara anda dengan bencana yang datang menuju  kepadamu.

Selasa, 6 Disember 2011

SALAM 10 MUHARRAM

Salam 10 muharram.....

Semuga bertambah amalan
yg dilakukan.......

Sentiasa ingat hari-hari
sejarah islam......

Semuga hidup di berkati ALLAH......